Sejarah PCS Di Sabah/Suangpai
Pemerintahan negara China telah mengusir semua missionari keluar daripada negara china.Salah satunya ialah
Missionari Basel Mission Rev.Bienz.Beliau tidak kembali ke negara asal sebaliknya telah datang ke Sabah untuk membantu gereja-gereja
cina di Sabah.Rev.Beinz sampai di sabah pada tahun 1950.Beliau telah melawat gereja-gereja di seluruh Sabah termasuk di daerah
kudat. Di daerah Kudat beliau telah melawat gereja Pinangsoo, Bak-bak, Tamalang, Sikuati dan lain-lain lagi.Dalam pada itu
beliau telah melihat beberapa orang Momogun (Berkerja di kebun orang cina) yang pada waktu itu lebih dikenali sebagai orang
Dusun (Orang yang tinggal di hutan). Beliau telah difahamkan bahawa kaum Momogun belum lagi menerima Firman Allah dan masih
Menyembah berhala.Keadaan itulah yang mendorong beliau untuk mencuba menyampaikan Khabar Baik meskipun menghadapi penyampaian
bahasa.Di tokok lagi dengan kenyataan District Officer bahawa orang momogun susah dimajukan sebab tidak menerima perubahan
semasa dan corak hidup baru kerana bertentangan dengan kepercayaan dan adat resam.
Pada suatu hari,beliau telah membawa EV.Wong Khiam Fuk
(Ketua Gereja Basel Sikuati) yang telah biasa dengan Momogun untuk cuba menyampaikan Firman Allah. Dalam masa yang agak lama,penerimaan
Momogun cukup menggalakan sehingga beliau tidak dapat memenuhi permintaan orang kampung untuk berkhotbah. Beliau telah mengirim
surat kepada Commitee Basel Mission untuk minta bantuan agar menghantar seorang pendeta lagi.
Pada 23 November 1952,tibalah seorang Pendeta baru
dari swiss yang bernama Rev.Honegger.Beliau akan mengambil alaih atugas Rev.Beinz di bahagian momogun.
Firman Allah telah pun sampai di hampir semua kampung
meskipun belum ada gereja.Rev.Honegger telah mendapati bahawa momogun sudah pun dapat Khabar Keselamatan sehinggakan timbul
masalah kekurangan tenaga.
Pada 15 Jun 1954 seorang lagi pendeta di hantar oleh
mission untuk membantu Rev.Honegger.Beliau ialah Rev.Hausermann.Pada masa itu sudah terdapat gereja di satu dua kampung dan
terdapat momogun yang belajar memimpin.
Perkembangan yang menggalakan menyebabkan Mission telah
menghantar seorang lagi pendeta iaitu Rev.Warner Sigrist bersama isterinya.Pada 10 Februari 1956,seorang lagi pendeta dihantar
iaitu Rev.Traugott Forschner.Beliau telah ditugaskan di sebelah Pitas.
Di Kampung Suangpai
Rev honegger sampai ke kampung Suangpai kira-kira tahun
1953 (lawatan pertama).Pada tahun 1954,Rev.Honegger bersama-sama Rev.Haursemann telah membimbing orang momogun.Pada masa itu
orang-orang suangpai tinggal di rumah panjang(Long house). di tempat ini lah gereja suangpai didirikan.Sebelum ada gereja
sendiri,penduduk suangpai menumpang sembayang di Rumah ketua kampung iaitu EN.Ozoi.Beliau merupakan orang pertama menrima
agama kristian dan beliau jugalah orang pertama memegang jawatan ketua gereja PCS jemaat suangpai.Ketua Gereja seterusnya
ialah En.Injan.pada masa itu sudah ada belia boleh memimpin seperti En.Pamanul, En.sani, En.logkang dan lain-lain.Penduduk
Suangpai tidak menerima agama krisitan secara serentak tetapi menerima secara berperingkat.
Malah dalam masa yang sama ada pula yang kembali ke agama
asal (Berhala).Ketua gereja seterusnya En.Assam dan pemimpin belia seperti En.George Toki,En.Osindap Tumpok.Gereja lama dirobohkan
pada tahun 1986 dan di gantikan dengan baru sehinggalah sekarang.
Nota:Di petik dari Usuran do Gorija Sompomogunan Om Usuran Do Gorija
PCS.
©2003,PERSEKUTUAN BELIA PCS JEMAAT SUANGPAI KUDAT,SABAH
HAKCIPTA TERPELIHARA